SHARON KUOK YEN YINN

SHARON KUOK YEN YINN
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: NIKON D5600

6.3 UNSUR SENI DAN PRINSIP SENI DALAM FOTOGRAFI

UNSUR SENI

1. Garisan

- Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu

- Dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada foto

- Boleh digunakan sebagai subjek foto

- Jenis-jenis garisan seperti: melintang (horizontal), menegak (vertical), menyerong (diagonal), bengkang-bengkok, bulat, beralun, "zigzag" dan sebagainya

- Contoh dalam fotografi: Rule of Thirds, Diagonal Rule, Leading Lines

 

2. Rupa

- Hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya

- Dibahagikan kepada rupa positif dan rupa negatif

- Kontras diperlukan untuk memisahkan rupa dari persekitaran atau latar belakang yang kompleks

- Contoh dalam fotografi: Silhouettes


3. Bentuk

- Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya mempunyai lebih daripada satu permukaan menampakkan 3 dimensi

- Mempunyai struktur dalaman

- Merupakan gabungan daripada rupa

- Dibahagikan kepada bentuk ilusi dan bentuk konkrit

- Faktor penting yang menentukan bagaimana bentuk terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek


4. Warna

- Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan apabila ada pencahayaan

- Dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier

- Contoh dalam fotografi: Monochrome, Monochromatic


5. Corak

- Corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna boleh menjadi unsur penarik perhatian utama

- Pengulangan menimbulkan kesan harmoni dan ritmik dalam gambar



PRINSIP SENI

1. Komposisi

- Susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu foto

- Cara sesautu foto menyampaikan penceritaan foto


2. Keseimbangan

- Membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu foto

- Dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal

- Boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan


3. Kontras

- Terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen yang lain

- Dibahagikan kepada dua jenis kontras iaitu kontras ton dan kontras warna

- Kontras ton: Perbezaan ton dari terang ke gelap (putih ke hitam)


4. Harmoni

- Elemen-elemen di dalam suatu foto mempunyai ciriciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan

- Menyebabkan beberapa elemen nampak seperti suatu entiti


5. Pengulangan

- Terbentuk apabila terdapat beberapa elemen yang sama atau hampir sama dalam suatu foto

 

Sumber:

1. Eyone, P. (19 Mac, 2013). Elemen dan prinsip dalam fotografi. Dimuat turun dari SlideShare: https://www.slideshare.net/puteraeyone/elemen-dan-prinsip-dalam-fotografi

2. Azham. (25 Julai, 2012). Unsur dan prinsip seni. Dimuat turun dari SlideShare: https://www.slideshare.net/azham77/unsur-prinsip-seni

0 comments:

Post a Comment