SHARON KUOK YEN YINN

SHARON KUOK YEN YINN
Unit: S9
Major: BAHASA CINA (SK)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: NIKON D5600

4.2 KAWALAN DEDAHAN

Dedahan ataupun dikenali sebagai Exposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan dikawal oleh aperture. Dedahan dikawal dengan mengawal bukaan aperture, jangka masa buka shutter, dan kawalan ISO.

Exposure = Shutter Speed + Aperture + ISO

Exposure Triangle | Ultimate Guide On How To Properly Expose Photos

Kelajuan Shutter (Shutter Speed)

Kelajuan shutter adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya dapat masuk dan sebaliknya.

Kelajuan shutter boleh dikatakan setting dedahan kerana membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop).

What is shutter speed in photography? A Useful Illustrated Guide.

Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak manakala kelajuan shutter yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan kabur (blur).

Velocidad de obturación. | Shutter speed photography, Shutter speed, Fast shutter  speed

Kelajuan shutter yang rendah seperti 1/15 boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.

Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 boleh menghentikan titisan air dan nampak jelas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya foto tidak menjadi gelap.


ISO


ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya.

ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.

ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan foto banyak noise.


0 comments:

Post a Comment